Friday, October 15, 2010

Sunday, August 8, 2010

[9] ..melangkah terus..

Bismillah..
sungguh tak sangka.secepat ini semuanya berlalu..begitu pantas..terasa cepat sangat..
dari hujung atas sana..ke hujung sebelah bawah sana pula..lalu kembali ke sini. semuanya seperti sudah dirancang. berturut turut sahaja... lancar tanpa halangan.. Alhamdulillah..

perasaan --> gembira..?? tentulah... ^_^

jatuh bangun duduk sendiri yang rasa..sendiri yang tanggung..perit jenuh sendiri yang rasa.suka duka gembira bersama akan tetap bersemadi, takkan lupus pupus luput dimakan hari.. insyaAllah.. ^_^

kini segalanya seperti baru, permulaan untuk segala-galanya.
permulaan kepada kehidupan di alam sendiri. membina kehidupan sendiri yang kelak tidak tahu dimana pengakhirannya.. di mana penghujungnya.. semuanya ku serah pada-Nya..
cintaku pada insan yang berhak selain Dia, Rasul dan IbuAyah hanya ku serahkan pada-Nya..akan tiba saat itu.. insyaAllah.. aku redha...

langkah pertama ke arah itu, telah ku mulai 2 tahun sudah..
cuak, gerun, takut pada mulanya...biasalah kn..
tidak pernah langsung terlintas di benak ku untuk ke arah ini.. tetapi Yang Maha Kuasa tahu dimana kekuatan & kelemahan ku.. memang inilah jiwaku.. aku seronok. puas. enjoy.

buat sementara ini ia hanya sementara.. sampai bila?? hanya Dia yang tahu..aku masih mencari suatu yang tetap, suatu yang dapat menggembirakan aku. kerana apabila kita gembira, maka ikhlas itu akan datang.. setiap perkara menjadi lebih mudah.. lebih teratur..moga itu yang aku perolehi.. amin..

doakan aku untuk kejayaan mendatang.. ^_^

[8] ..kebaikan..

bila kita prihatin, akan ada yang akan memberi balasan prihatin itu semula
begitu juga bila kita baik, orang lain akan baik pada kita ;)

tetapi
bila kita baik , mungkinkah ada yang salah tafsir kebaikan kita tu??
ada yang mengharap balasan dari kebaikan itu

hmm
pada saya
cukuplah saya menyenangkan orang lain daripada memberi kesusahan
tidak buruk sangka dan
hanya Allah swt sahaja dapat membalas kebaikan mereka
amin

Saturday, August 7, 2010

[7] ..pelita..

best lagu ni..
penuh penghayatan utk terus maju..^_^v

Tak pernah sesaat daku meragui
apa yang telah daku temui
slama ini,

Tak pernah sesaat daku menyesali,
apa yang telah aku nikmati,
apa ku alami,

slagi hayat di kandung badan,


Takkan ku menyerah kalah,
walau mimpi ku musnah,
harapan ku hancur,
sayapku patah,

kan ku pancarkan cahaya,
seperti pelita ke srata dunia,
yang gelap gelita

sehingga hembusan nafas
yang terakhir.


tak pernah sesaat ku mencurigai,
apa yg telah aku kecapi,
stakat ini,


tiba saatnya kan ku tangisi,
pada yang pergi, takkan kembali
Kembali lagi,


Slagi jasadku belum terkubur!
Slagi tubuhku, belum ditimpa uzur!
pantang datuk nenek moyangku,
Berundur!

Akan Ku Pancar Cahaya Seperti Pelita,
Ke Srata Dunia,
Seperti Cahaya…….

[6] ..sana sini ..

terlalu banyak perkara yang berlaku seminggu dua ni..
nak deceritakan di sini mungkin kene buat chapter by chapter..hehe.. :)
tapi walau ape pn yang berlaku, saya hargai setiap detik dan ketika itu...

Sunday, April 11, 2010

[5] .. mutu..kualiti ..

5 sifat peledak, penolak dan pengawal peribadi..
nak tambah mutu??

bkn muthu samy yg dkt kedai tepi sempang tu yer..

jadi manusia prihatin, anda akan dianggap penting.
jadi manusia berilmu, anda akan menambah mutu.
jadi manusia berkualiti, anda bertambah jati diri
jadi manusia berwibawa, anda akan penuh bahagia
jadi manusia penuh keutuhan, akan terasa semakin rapat dengan TUHAN.

sumber --> CIPTA SYURGA HATI, Dr HM Tuah Iskandar al-Haj.

Thursday, January 14, 2010

[4] ..kehidupan..

bukan perasan
tapi
perasaan
1.cinta
2.kasih
3.sayang

apa beza mereka2 ini??
bukan ke sama??


``````````````````````````````````````````````

keliru
serabut
tak terucap
bila mereka datang
harus berkata sesuatu
sesuatu yang bermanfaat
tidak kira untuk siapa
pihak pertama
pihak kedua
mahupun ketiga keempat dan kelima
seterusnya hingga infiniti
sebab
sebab hidup ini ada pengakhirannya

tertanya-tanya
dalam dilema
suatu persoalan
suatu pengharapan
melibatkan masa hadapan
melibatkan hari tua
haruskah memberi jawapan
haruskah diterima
haruskah ditolak
haruskah berdolak dalih ??
mestikah memikirkan sehingga ke lubang cacing
mestikah memikirkan se'detail' itu
mestikah baik
mestikah buruk
haruskah semua ini dipertimbangkan
sebab
ini masa depan saya
juga dia, kamu dan mereka


andai masa hadapan
seperti yang saya harapkan
seperti yang dia harapkan
seperti yang kamu harapkan
seperti yang mereka harapkan
terjamin
teratur
tersusun
cantik
seperti yang diimpikan
seperti yang diidam-idamkan
bahagia dalam kejayaan
kejayaan dalam kebahagiaan
untuk semua
bukan derita yang diharap-harapkan

tapi...
bagaimana kalau semua itu hanya impian
impian saya
impian dia
impian kamu
impian mereka
seperti dimusnahkan
salah siapa?
sebab tersalah membuat keputusan?
sebab tersalah membuat tafsiran?
sebab tersalah penglihatan?
sebab tersalah pengamatan?

atau
saya, dia, kamu atau mereka
yang tersalah memberitahu
yang tersalah mengatakan sesuatu
yang tersalah penafsiran
atau sengaja menyembunyikan
dari pengetahuan sesiapa

hanya DIA yang mengetahui semuanya
aku berserah kepadaMu
Ya Rabb.


syukur kerana masih diberikan peluang itu