Thursday, January 14, 2010

[4] ..kehidupan..

bukan perasan
tapi
perasaan
1.cinta
2.kasih
3.sayang

apa beza mereka2 ini??
bukan ke sama??


``````````````````````````````````````````````

keliru
serabut
tak terucap
bila mereka datang
harus berkata sesuatu
sesuatu yang bermanfaat
tidak kira untuk siapa
pihak pertama
pihak kedua
mahupun ketiga keempat dan kelima
seterusnya hingga infiniti
sebab
sebab hidup ini ada pengakhirannya

tertanya-tanya
dalam dilema
suatu persoalan
suatu pengharapan
melibatkan masa hadapan
melibatkan hari tua
haruskah memberi jawapan
haruskah diterima
haruskah ditolak
haruskah berdolak dalih ??
mestikah memikirkan sehingga ke lubang cacing
mestikah memikirkan se'detail' itu
mestikah baik
mestikah buruk
haruskah semua ini dipertimbangkan
sebab
ini masa depan saya
juga dia, kamu dan mereka


andai masa hadapan
seperti yang saya harapkan
seperti yang dia harapkan
seperti yang kamu harapkan
seperti yang mereka harapkan
terjamin
teratur
tersusun
cantik
seperti yang diimpikan
seperti yang diidam-idamkan
bahagia dalam kejayaan
kejayaan dalam kebahagiaan
untuk semua
bukan derita yang diharap-harapkan

tapi...
bagaimana kalau semua itu hanya impian
impian saya
impian dia
impian kamu
impian mereka
seperti dimusnahkan
salah siapa?
sebab tersalah membuat keputusan?
sebab tersalah membuat tafsiran?
sebab tersalah penglihatan?
sebab tersalah pengamatan?

atau
saya, dia, kamu atau mereka
yang tersalah memberitahu
yang tersalah mengatakan sesuatu
yang tersalah penafsiran
atau sengaja menyembunyikan
dari pengetahuan sesiapa

hanya DIA yang mengetahui semuanya
aku berserah kepadaMu
Ya Rabb.


syukur kerana masih diberikan peluang itu

No comments: