Thursday, May 5, 2011

...tiGa-puLoh...

.Assalamu'alaikum.
.Jumaat.
.060511.



keBIASAan - amalan malam / hari Jumaat - Surah Yasin.

Surah al-Kahfi - surah yang ke - 18 - mengandungi 110 ayat.
SUNAT dibaca sepanjang hari - tidak dipaksa di habiskan terus pada sekali bacaan - memadai baca mana yang mampu - kemudian disambung semula - sehingga selesai.




Fadhilat:
  • Sunnah Rasulullah saw.
  • Nabi SAW telah bersabda:
    “Sesiapa yang membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, maka bersinarlah cahaya daripada bawah kakinya hingga ke langit. Untuknya cahaya dihari kiamat dan diampunkannya antara dua jumaat” (HR. Ibnu Katsir)
  • Daripada Mandzur Ibnu Zaid, Ibnu Khalid Al Juhani dari Ibnu Al Hussein dari bapanya daripada Ali Marfu’an:
    “Sesiapa membaca surah Al Kahfi pada hari Jumaat maka dia dihindari daripada segala fitnah selama lapan hari, dan jika Al-dajjal muncul, maka terhindar dia daripadanya” (HR. Ibnu Katsir)
  • Dari Abu Darda r.a meriwayatkan bahawa Nabi s.a.w bersabda: "Barangsiapa membaca tiga ayat daripada surah al-Kahfi, akan terhindar daripada fitnah dajjal." (HR Tirmizi)
  • Dari Sauban r.a meriwayatkan bahawa Nabi s.a.w bersabda: "Barangsiapa yang membaca sepuluh ayat terakhir daripada surah al-Kahfi, maka sesungguhnya pembacaannya itu menghindarkannya daripada fitnah dajjal. (HR Nasai)
  • Dari Abu Said al-Khudri r.a. meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: "Barangsiapa yang membaca surah al-Kahfi (dengan huruf dan pembacaan yang betul) sebagaimana ia diturunkan, maka surah itu akan menjadi cahaya pada hari kiamat daripada tempat tinggalnya sehingga ke Mekah dan barangsiapa membaca sepuluh ayat yang akhir daripadanya, kemudian dajjal keluar, dajjal tidak dapat menguasainya." (HR Mustadrak Hakim)




baca selepas solat maghrib - sambung sikit lepas isya'.
itu yang saya buat - setakat yang saya mampu.
selalu - lamsam sampai habis - takut2 lupa - sbb saya selalu lalai.
moga yang terbaik milik kita - umat Nabi Muhammad saw.
amin.

Wassalam.
^_^

3 comments:

azi said...

Terima kasih ....memang kita kadangkala terlalai...cukup senang nak dapat pahalakan....Isyaallah...

dya said...

sharing is caring.
mengingat jiwa yg selalu terlupa.insyaAllah.

kak,ur blog is nice.byk resepi ringkas2.best!! =)

Anonymous said...

nice~