genap 24 tahun semalam. suatu jangka masa yang panjang, suatu jangka masa yang agak lama jika menunggu seseorang.
tapi itulah sebenarnya yang terjadi. yeah, bukan menunggu mahupun menanti tetapi membesar dari kaki sebesar dua jari hingga kaki da pakai kasut saiz lima, enam dan tujuh juga boleh sekali sekala.
wah. sudah besar maknanya. sudah matang jika di ikut ikutkan. suda boleh diharap. ya. itu yang aku harapkan. diharap harap menjadi dan terjadi lah yer..hek hek..
ibu, terima kasih ibu. engkaulah segalanya. dari kecil ibu bela, ibu besarkan. semuanya ibu.. dari duit, perbelanjaan sekolah mahupun apa saja belanja aku semua ibu yang tanggung. maka dengan itu, aku rapat dengan ibu. mengadu merintih semuanya ibu. ibu. ibu.
aku jauh, ibu juga dicari. bila jatuh lagi la. bila rindu, ku sebut nama mu.~ eceh.tu lagu.. maka teramatlah sayang ibu dibandingkan dengan yang lain. dan ibu juga begitu. tiap kali ulang tahun tidak pernah ibu lupa. paling paling kurang ada kek buatan tangan ibu. hadiah 2 taun sekali pasti ada yang istimewa. ibu, akak sayang ibu.. <3
bila da besar besar gini [org kata] maka, sibuklah bertanya sudah berpunya atau belum. sesak kepala bila dituju bertalu talu. tidak mengertikah anda bahawa berpasangan itu haram, bercouple itu ditegah. maka dengan itu, aku masih lagi sendiri, bukan tidak pernah didekati tapi masih belum jodoh. pilihanku pastilah yang tinggi nilai Islam dalam dirinya..so, siapa berminat sila ambil nombo, nt sy interview sorang2.
mungkin orang akan kata, bertuah kau lahir dekat dekat dgn Vday. tapi bagi aku, tiada makna. sama je dengan hari hari biasa. cuma nampak lebih special atau istimewa sebab satu dunia tahu ini hari kekasih. bagi aku, lebih baik memaknakan sesuatu dengan sesuatu. menggembirakan seseorang mahupun segerombolan manusia tidak kira ibu, ayah, abang, adik, kakak, pcik, mcik, unty, nenek, atok, malahan moyang sekalipun. tidak salah. asalkan tidak mengikut gaya org barat. dan di ingatkan, bukan hanya pada Vday je, malahan seharusnya kasih sayang cinta suci luhur itu patutnya lahir dijiwa tiap insan tanpa mengira masa tahun bulan hari jam saat. ya. aku harapkan itu aku. maka berdoalah.
dan bila tahun berganjak tahun. pertambahan umur berlaku. maka sesaat tepat 12 tengah malam je, sudah berpusu2 lalu lintas talian talipon berlumba2 berkejaran bagai ada jam di persimpangan. itu belum kira lalu lintas aplikasi mukabuku. mahu ditinggalkan seharian seratus tambah tambah pesanan harus dibalas. makan hari juga tu. iye la. orang berbudi, kita berbahasa. tidak betah hati untuk meninggalkan harapan, doa, ucapan mahupun gurauan manja ditinggalkan tanpa layanan begitu sahaja. itu bukan aku.
yelah. terasa istimewa ulang tahun kali ini. terasa lain nya. semuanya bagai mahu bersama. berebut2 mahu meraikan bersama aku. bersungguh sungguh memberi ucapan selamat. maka selamat lah semuanya. ada
entry khas dari adik comel cute sempena hari ini. terima kasih sayang. amat2 bererti dan bermakna bait bait kata anda. encik2 cik2 adik2 akak2 abg2 murid2, terima kasih atas ucapan dan doa anda. amat bermakna tiap bait kata doa kalian. moga Allah saja dapat membalasnya. Ameen..
maka, dengan itu, rasa bersyukur sangat atas nikmat kurniaan Ilahi di atas segala nikmat kurniaanNYA. segala nikmat Iman, Ihsan dan aku mohon KepadaMu agar bimbinglah aku, pimpinlah aku kejalan redhaMu dengan hidayahMu YA ALLAH swt. hanya Engkau penciptaku, hanya Engkau yang aku ada sampai akhir hayatku..